nuramanina.com

MAURICH EMPIRE | SHAKLEE DISTRIBUTOR

Tips kekal positif

Ramai yang kagum dengan Nina sebab mampu buat bisnes sambil uruskan anak-anak kecil dan surirumah sepenuh masa.

“kuatnye Nina, hebatnye Nina boleh handle anak-anak kecik sendiri, menyusu badan pulak tu”

“Jaga 6 orang anak kecik lagi, buat bisnes lagi hebat lah”

Itulah antara kate-kate yang kerap diperkatakan oleh orang-orang sekeliling Nina.

Katenye nak jaga anak kecik sorang pon huru hara asyik stress je tapi Nina 6 orang tenang je.

Hurm, jangan disangka air yang tenang tak de buaya cik kak oii.

Allahu tak tahu nak cakap ape, hakikatnye tidak lah seperti yang digambarkan.

Sungguh nampak luaran Nina tenang dan ceria.

Namun, Nina juga seperti kamu semua juga penat lelah, pahit perit, suka duka semuanya ade.

Tapi… Alhamdulillah Allah berikan kekuatan dan permudahkan. Orang-orang di sekeliling juga selalu berikan kata-kata motivasi untuk beri Nina semangat.

Bayangkan umur anak-anak Nina yang masing-masing hampir sebaya.

No 1 umur 9 tahun

No 2 umur 5 tahun

No 3 umur 4 tahun

No 4 umur 2 tahun

No 5&6 umur 11 bulan

Masing-masing tengah aktif dan lasak. Memang sangat mencabar dan banyak menguji kesabaran.

Tiap hari beribu macam hal yang berlaku sangat menguji kesabaran.

Ade 6 orang anak 6 ragam. Dari pagi sampai ke malam ade je akalan yang anak-anak buat.

Sebab tu lah perlu ade nye kata-kata motivasi untuk sentiase kekal positif. Nina pon tak kuat bila terlalu penat dan lesu. Kekadang ade je hari yang terase “down”.

Bosan dengan rutin yang sama dah bertahun. Dari mula buka mata sampai tutup mata asyik duk hadap kerja yang sama.

Tapi, Nina tak biarkan otak melayan dan terus hanyut tanpa arah tuju. Bile “down” terus bangun lawan kuatkan semangat untuk terus kekal positif.

Luangkan masa tambah amalan kerohanian dan dengar kata-kata motivasi dari pakar motivasi.

Ulang-ulang ayat anak-anak bawa utusan rezeki dari Allah. (pujuk hati)

Urus rumahtangga dengan ikhlas kerana Allah.

Kalau Nina asyik nak melayan perasaan je mungkin anak-anak akan terabai. Bisnes juga akan stuck.

Jadi mak ni walau seteruk mane keadaan sekalipon anak-anak adalah keutamaan.

Nina suka anak ramai sebab tu Allah beri Nina anak ramai. Allah mudahkan Nina.

Urusan bisnes juga Allah permudahkan. Bile Nina sentiase kekal positif Allah datangkan customer yang sangat mudah berurusan.

Untung dalam bisnes Nina dikelilingi circle sangat positif dan team yang sanggup bangun bersama. Tiap hari masing-masing berebut nak berkongsi kata-kata motivasi.

Nina percaya bile kite sentiase kekal positif dan yakin dengan perancangan Allah. Semua jadi mudah dan lancar.

Bukan mudah tau nak kuat semangat kekal positif selalu.

Tips kekal positif cara Nina

  • Jaga Kesihatan

Bagi Nina kesihatan paling penting. Badan kene sihat.

Tiap hari memang Nina konsisten ambik supplement shaklee.

Alhamdulillah.. sehingga harini Allah masih berikan Nina rezeki kesihatan yang baik.

  • Selalu baca kisah-kisah inspirasi

Untuk kite kekal bersemangat kenelah baca kisah inspirasi orang lain juga. Baru kite sedar ujian kite ni tak seberapa jika nak dibandingkan dengan ujian orang lain.

Perlu juga selalu tanam dalam minda kata-kata motivasi kejayaan. Kalau orang lain boleh berjaya, mampu bertahan kenape kite tak boleh.

Tambah amalan kerohanian juga. Selawat dan zikir sangat membantu jiwa tenang.

  • Niat buat kerana nak dapat kasih sayang Allah.

Buat sesuatu jangan harapkan balasan dari hamba Allah tapi niat lah “aku buat kerja ni kerana aku nak kasih sayang Allah

  • Berprasangka baik dengan Allah

Bile diuji itu tanda Allah sayang jadi terimalah ujian Allah dengan hati yang terbuka.

Nina bukan pakar motivasi untuk berikan kata-kata motivasi , Nina juga tak ada apa-apa formula kejayaan yang boleh dijadikan inspirasi baik dari pengurusan rumahtangga mahupon urusan bisness.

Tapi Nina suka nak ajak kawan-kawan, sahabat-sahabat dan circle Nina semua untuk sama-sama jaga minda jangan biar biawak hidup yang menetap dalam minda kite yang kawal kite.

Berhenti rasa yang kita ni mangsa takdir atau keadaan dan mula berfikir “what’s NEXT?”

Bila kita berlapang dada, hanya kita akan nampak jalannya. Allah mengikut sangkaan hambaNya.

“Semuanye hanya Pinjaman Allah SWT”

NextlevelBlogging

Shakleetriumph2023

shakleethrive2023

SetRahmahShaklee2023


Amanina Avatar

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started